Monday, March 29, 2010

MENYINGKAP TIRAI HATI

Menyingkap bait-bait kata itu

Pernah ku terdengar bisik halus melintasi kotak minda ini

Ku rempuh roda rapuh agar sirna jahil itu

Maka hadir menjelma minda yang positif

Bersulam kata tiada putus asa

Tiada kenal erti lelah

Tiada langsung amarah

Tiada juga keluh kesah

 

Sejenak ku terfikir

Masa depan zuriat batu berat dibelikat ini

Masakan sanggup ku melihat ia sengsara

Umpama pengemis tidak mampu menyara

Permata bergelimpangan umpama tiada harga!

Sedang sebenarnya puncak gembira hanya dihadapanku

Hanya aku dipisahkan oleh tembok keangkuhankan

Tembok keegoanku, tembok kemalasanku…

Tugas aku hanyalah memecah tembok besi ciptaanku sendiri

Tugas aku hanya membakar dinding-dinding yang rapuh tapi teguh

Yang ampuh tapi roboh

Yang runtuh tapi utuh

 

Itu hanya mainan perasaanku

Hanya mainan jiwaku

Sedangkan ku tahu aku mampu memusnahkannya!

Ya Tuhan, kau beri aku kekuatan

Supaya hancur tembok besi yang bersulam kayu itu

Agar dapat kumenyeberangi

Tanah lapang yang sebenarnya hanya setapak dihadapanku


 
Master Hasryn

29 Mac 2010



 

Monday, March 15, 2010

PUISI TENTANG CINTA

i.
Sahabatku…
Jika dikurniakan kepadamu rasa cinta
jangan kau terlalu taksub kepadanya..
Memang benar
cinta itu membahagiakan…
Memang benar
cinta iu mengasyikkan…
Tetapi ingatlah…
berjagalah…
Kerana ia mampu berubah menjadi badai
yang mampu menghempas hatimu…
seumpama racun yang merosakkan akal demi kewarasanmu..
seumpama api yang membakar seluruh hatimu
jika ketentuan itu bukan dariNya…
pasti badai yang menghancurkan menantimu…

ii.
Tetapi cuba kau renung kembali
akan janji Tuhanmu yang Maha Agung…
Mengapa hatimu selalu rapuh dan runtuh
dalam mengukir janjiNya atas tembok benak dan batu fikiranmu
selalu seakan tidak percaya
seakan tidak yakin
seakan tidak dibayangi akan kebenaran itu…
yang telah lama terukir
di atas kanvas perjalanan hidupmu...
di dalam rimbun Qada Qadarmu…
di atas Arasy Agung Penciptamu…

iii.
mentelaah dan melakar ruang batu fikirmu…
pada janjiNya pada sekalian umat seisi alam
dikurniakan yang baik pada baik pasangannya
ditemukan yang beriman pada keimanan pasangannya
dianugerahkan yang penuh tertib dan sopan
pada luhur murni pasangannya…
mengapa masih tidak diyakini???
mengapa harus kau risaukan???
mengapa harus kau gerunkan masa itu???
Masa itu pasti datang…
pasti menemui tuannya…
Hanya yang bersabar selalu menang
akan pertaruhan ini…
hanya keimanan penyeri sunyi pekat malam ini…
hanya keyakinan mampu menyirami panas kerisauan ini…
Percayalah akan janjiNya…
Nescaya kemenangan menunggumu…
Itulah cinta yang paling Agung
dan cinta yang paling suci
wahai sahabatku…

Master Hasryn,

Subang Suria,

160310


Saturday, February 13, 2010

PROMOSI HILANG AKAL SEMPENA TAHUN BARU CINA!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Salam Luar Biasa Hebat dari kami GedungBuku DotCom


PROMOSI!!! PERCUMA 2 E-Book The Science Of Getting Rich dan Think & Grow Rich!!!


Sempena Tahun Baru Cina yang sedang diraikan oleh warga Tionghua seluruh dunia ini, kami di GedungBuku DotCom melaksanakan "PROMOSI HILANG AKAL" dimana setiap pembelian melalui kedai kami:

melebihi RM39.90 akan menerima 2 e-book PERCUMA!!!

Ya!!! Diberikan secara PERCUMA!!!

Hanya emailkan nama, email, alamat dan phone no kepada kami di: gedungbuku@gmail.com atau SMSkan kepada Admin GedungBuku DotCom di talian: +6017-6233669
dan PROMOSI DISKAUN 10% bagi setiap pembelian buku Cakar Harimau-Tips Kebahagiaan Rumah Tangga oleh Ustazah Siti Nurbayah!!!
Hanya melalui pembelian di:

Best Regards,
Dr. HAMK
Admin

Assalamualaikum WBT

Assalamualaikum

Salam perkenalan dari GedungBuku DotCom

Nantikan artikel-artikel kreatif terbaru berbentuk ilmiah dari kami.

Salam Ikhlas,
Hasryn Azzuar,
Sri Ananas Enterprise.

Jadual Bayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2010

Teristimewa kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya kepada kakitangan awam. Saya ucapkan selamat maju jaya. Rancanglah perjalanan kewangan anda sepanjang tahun 2010 ini dengan teratur & kemas, supaya keadaan kewangan kita sekeluarga akan bertambah positif dari semasa ke semasa.
Di GedungBuku Dotcom ini banyak artikel, bahan-bahan penulisan dan karya-karya kreatif tentang kewangan, motivasi, perniagaan, budaya membaca dan ilmu pengetahuan yang sentiasa dihantar oleh para pembaca & akan dikemaskini oleh pihak pengurusan.
GedungBuku DotCom akan menjadi wadah terbaru bagi para pembaca membaca artikel-artikel atau karya-karya baru samada dari segi ilmiah mahupun bukan ilmiah. Input-input yang positif akan sentiasa dikemaskini di GedungBuku.
Teruskan membaca dan hayati artikel-artikel kreatif yang dihantar oleh pengarang & penulis-penulis bebas di hamparan cyber ini.
Salam ikhlas dari admin GedungBuku DotCom

Makna Bacaan-Bacaan Dalam Solat

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjukkan. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"wahai Tuhan ku , aku tak layak utk keSyurgaMu...
Namun tak pula aku sanggup keNerakamu....
Kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu .

"ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Amiiin...

Sama-sama kita hayati makna-makna dalam bacaan Solat ini..Semoga Solat kita semua lebih Khusyuk & diterima oleh Allah SAW..

InsyaAllah

Saturday, January 30, 2010

Resipi: Ayam Kurma & Asam Pedas Special

Ayam Kurma
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau
Hits: 3570 Rating: 10.00 Review: 0

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (di potong)2 camca besar lada putih1 biji buah pala5 kuntum bunga cengkih3 labu bawang besar2 sm halia½ camca besar jintan putih4 biji cili merahGaram secukup rasa¼ cawan susu cair
4 camca besar serbuk ketumbar2 batang kulit kayu manis5 biji buah pelaga3 kuntum bunga lawang5 ulas bawang putih1 camca besar jintan manis3 biji tomatoAir asam limau3 cawan santan pekat3 camca kecil serbuk kaskas


Cara:
Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan halia diikuti dengan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Serbuk kaskas, jintan putih, serbuk ketumbar, buah pala, lada putih, tomato dan cili digaul bersama santan. Masukkan bahan ini ke dalam bahan tumis tadi. Masak hingga mendidih, masukkan ayam, susu cair, asam limau dan garam.

Asam Pedas Special
Kiriman: Fatimatuzzahra
Sumber: kreativiti sendiri Hits: 1388 Rating: 6.83 Review: 0

Bahan-Bahan:

Bahan A Minyak masak Sedikit garam dua ibu jari lengkuas 3 helai daun limau purut ½ Serai dititik
Bahan B 15-20 batang Lada basah blender(kalau tak ada lada kering pun boleh) sedikit belacan 3-4 ulas bawang merah(bawang kecil) 2-3 ulas bawang putih sedikit halia sedikit kunyit sedikit garam bahan c 2 keping asam keping sedikitt Air asam bunga kantan daun kesum/cenohom sedikit air garam serbuk perasa

Cara:

Tumis bahan A hingga naik bau..,mmmm sodap aromanya! kemudian, setelah blender kesemua bahan B, masukkan ke dalam A yang naik baunya itu,tumis hingga didih sikit, barulah masuk kesemua bahan C dan tunggu hingga didih...

KU KIKIS RASA SANGSI

tika itu hatiku pernah rasa sangsi...
pada tutur bicaramu
pada bait kata-katamu..
namun ku kuatkn naluriku menolak kesangsian hati ini
ku tersentak sebentar, ku renungi ia kembali...

jalan-jalan yang ku lalui
penuh onak dan duri..penuh ranjau berserakan
luka berdarah...namun kuteruskan jua...
kukerah kudrat semangatku..lalu kuusap luka itu satu persatu..
agar ia sembuh...luka itu tak kembali...
x kembali melukaiku...
agar ia teguh..tak kembali meracuniku..
meracuni fikiranku..

meracuni memoriku..
meracuni hidupku

lantas ku ciptakan daerah baru dlm kotak fikiranku
yang bisa memberi kekuatan kepadaku
kutulis pada putih kertas hidupku
lakaran warna kehidupan baru...
dan kuukir warna-warna ceria pd salut kulitnya
agar ia mampu melangkah
dalam kabus dingin pagi

dan kini ku cipta lorong-lorong bahagia.
dan ku lagukan lagu kedamaian
ku nyanyikan puitis lagu
rimbun salju ketenangan
lantas ku alunkan lunakan kegembiraan..
ku salin bait-bait kedamaian
ku simpan salju ketenangan..

dan kuhiasinya dengan sampul keindahan...
agar menjadi keindahan abadi milikku


Dr. Cinta
28 Disember 2007
Uitm

Menghitung Nota Biru

Di kala hening pagi
Si penjala ikan itu termenung, menangguk fikir…
Bertongkat dagu, menghitung saki-baki sara dirinya…
Yang tinggal, hanya beberapa keping nota berwarna biru…
Hanya itulah yang hanya dapat dikumpulkannya
Untuk hari itu
Untuk mengisi bejana berasnya,
Agar berasap kembali kerak periuk usangnya
Menghilangkan rengek tangis anak kecilnya
Menghilang duka detik hatinya
Hanya itu kudratnya

Kala dinihari,
Menghias luka-luka pondok usangnya
Mengait mengkuang serapi rambutnya
Menampal rapuh atap terataknya
Lalu menghitung kembali harinya
Masih belum pasti hari esoknya…

Biarlah!!!…usaha...
Detik hati kecil
Usaha tanpa kenal erti jemu,
Tanpa sedar permata keringatnya sudah beribu…
Tanpa kenal letih nian
Setelah berdayung beribu batu
Mengerah kerat tulang empatnya
Yang hanya sedar,
cumalah perut kosong anak kecilnya
Yang hanya sedar,
masa depan permata hatinya
Dan berhenti sebentar,
hanya untuk menghitung Nota Birunya…

HAMK,
B. Pharm (Hons) UiTM
20 November 2008
BPFK, KKM

77 Petua Memenangi Hati Wanita

Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati wanita kekasih anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian. Tapi ingat, ia khas untuk suami isteri:

1) Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2) Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3) Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4) Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5) Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6) Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7) Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.
8) Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9) Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10) Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11) Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12) Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13) Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14) Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15) Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
16) Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17) Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
18) Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
19) Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
20) Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
21) Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22) Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
23) Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
24) Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
25) Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
26) Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
27) SMS kepadanya "I Miss U" atau "I Love U"walaupun hanya sekali, tanpa huraian mesej yang lain. Ianya pasti membuatkan dirinya rasa dihargai.

28) Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
29) Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
30) Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.
31) Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
32) Basuhkan kereta yang dipakainya.
33) Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.
34) Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
35) Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.
36) Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
37) Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
38) Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
39) Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
40) Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
41) Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
42) Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
43) Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
44) Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
45) Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
46) Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
47) Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
48) Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit emudiannya.
49) Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
50) Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
51) Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
52) Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
53) Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
54) Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
55) Solat bersama dan berdoa bersama.
56) Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
57) Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
58) Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik.

59) Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah.
60)Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
61) Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
62) Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
63) Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
64) Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya.

65)Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
66) Bila dia memasak, pujilah masakannya.
67) Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
68) Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
69) Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
70) Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
71) Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
72) Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
73) Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
74) Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
75) Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
76) Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
77) Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untu membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Hasil Nukilan,
Dr. Cinta,
Shah Alam.
31 Jan 2010,
Hari Kelahiran yg ke-25

Kukutip Sisa Itu

Hari ini…
Seperti hari-hari lain
Ku berjalan tanpa arah tuju
Mengutip tin-tin kosong
Bejana kaca serta kertas-kertas terpakai
Semua ini tidak bernilai bagi insan yang butuh poketnya
Tapi amat bernilai bagiku

Ku kutip satu persatu
Kupenuhi sarung guni usangku
Kuabaikan mata-mata sepet yang memandang tepat padaku
Ku buang jauh-jauh rasa malu
Ku tetap akan terus usaha mengutipnya dan terus mengumpulnya
Membersihkannya...
Selagi kerat kudrat tulang empat kerat ini kugalas

Kadang kala ku terdetik
Adakah aku yang sebenarnya bijak pandai
Adakah aku ini yang miskin disulami kepapaan
Adakah aku yang lebih bijaksana
Berniaga hanya bermodal tulang empat kerat
dan titisan peluh yang dingin
Sedangkan hasil yang kutitip ini adalah buangan
insan-insan yang hanya gah berkata-kata
Membuangkan sisa sampah yang sebenarnya bernilai
Yang bersusah-payah berniaga bermodal menggunung
Tapi hanya tahu perkataan MEMBAZIR,
Hanya tahu memenuhkan bejana sampah,
Hanya tahu memburukkan santai mata pemandangan
Sedangkan tidak tahu ianya membenihkan rezekiku
Walaupun aku keletihan
Membersihkan sisa-sisa mereka!!!
Tapi aku puas…
Aku lebih berjasa dari mereka…
Tanpa aku…
Rosaklah hijau nian pemandangan di hamparan dunia ini…

Ditujukan kepada insan-insan mulia yang membersihkan ruang-ruang pejabatku…
HAMKa,
18 Mac 09
GMP, BPFK, KKM
PPJ