Saturday, February 13, 2010

PROMOSI HILANG AKAL SEMPENA TAHUN BARU CINA!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Salam Luar Biasa Hebat dari kami GedungBuku DotCom


PROMOSI!!! PERCUMA 2 E-Book The Science Of Getting Rich dan Think & Grow Rich!!!


Sempena Tahun Baru Cina yang sedang diraikan oleh warga Tionghua seluruh dunia ini, kami di GedungBuku DotCom melaksanakan "PROMOSI HILANG AKAL" dimana setiap pembelian melalui kedai kami:

melebihi RM39.90 akan menerima 2 e-book PERCUMA!!!

Ya!!! Diberikan secara PERCUMA!!!

Hanya emailkan nama, email, alamat dan phone no kepada kami di: gedungbuku@gmail.com atau SMSkan kepada Admin GedungBuku DotCom di talian: +6017-6233669
dan PROMOSI DISKAUN 10% bagi setiap pembelian buku Cakar Harimau-Tips Kebahagiaan Rumah Tangga oleh Ustazah Siti Nurbayah!!!
Hanya melalui pembelian di:

Best Regards,
Dr. HAMK
Admin

Assalamualaikum WBT

Assalamualaikum

Salam perkenalan dari GedungBuku DotCom

Nantikan artikel-artikel kreatif terbaru berbentuk ilmiah dari kami.

Salam Ikhlas,
Hasryn Azzuar,
Sri Ananas Enterprise.

Jadual Bayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2010

Teristimewa kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya kepada kakitangan awam. Saya ucapkan selamat maju jaya. Rancanglah perjalanan kewangan anda sepanjang tahun 2010 ini dengan teratur & kemas, supaya keadaan kewangan kita sekeluarga akan bertambah positif dari semasa ke semasa.
Di GedungBuku Dotcom ini banyak artikel, bahan-bahan penulisan dan karya-karya kreatif tentang kewangan, motivasi, perniagaan, budaya membaca dan ilmu pengetahuan yang sentiasa dihantar oleh para pembaca & akan dikemaskini oleh pihak pengurusan.
GedungBuku DotCom akan menjadi wadah terbaru bagi para pembaca membaca artikel-artikel atau karya-karya baru samada dari segi ilmiah mahupun bukan ilmiah. Input-input yang positif akan sentiasa dikemaskini di GedungBuku.
Teruskan membaca dan hayati artikel-artikel kreatif yang dihantar oleh pengarang & penulis-penulis bebas di hamparan cyber ini.
Salam ikhlas dari admin GedungBuku DotCom

Makna Bacaan-Bacaan Dalam Solat

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjukkan. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"wahai Tuhan ku , aku tak layak utk keSyurgaMu...
Namun tak pula aku sanggup keNerakamu....
Kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu .

"ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Amiiin...

Sama-sama kita hayati makna-makna dalam bacaan Solat ini..Semoga Solat kita semua lebih Khusyuk & diterima oleh Allah SAW..

InsyaAllah