Friday, May 13, 2011

Filem Kongsi I "Lu Langsi Lu Mati": FILEM KONGSI (REVIEW) - ARAHAN FARID KAMIL

Filem Kongsi I "Lu Langsi Lu Mati": FILEM KONGSI (REVIEW) - ARAHAN FARID KAMIL: "SINOPSIS FILEM KONGSI Filem Kongsi merupakan filem aksi komedi arahan Farid Kamil, memfokuskan pada siasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terh..."

Monday, March 29, 2010

MENYINGKAP TIRAI HATI

Menyingkap bait-bait kata itu

Pernah ku terdengar bisik halus melintasi kotak minda ini

Ku rempuh roda rapuh agar sirna jahil itu

Maka hadir menjelma minda yang positif

Bersulam kata tiada putus asa

Tiada kenal erti lelah

Tiada langsung amarah

Tiada juga keluh kesah

 

Sejenak ku terfikir

Masa depan zuriat batu berat dibelikat ini

Masakan sanggup ku melihat ia sengsara

Umpama pengemis tidak mampu menyara

Permata bergelimpangan umpama tiada harga!

Sedang sebenarnya puncak gembira hanya dihadapanku

Hanya aku dipisahkan oleh tembok keangkuhankan

Tembok keegoanku, tembok kemalasanku…

Tugas aku hanyalah memecah tembok besi ciptaanku sendiri

Tugas aku hanya membakar dinding-dinding yang rapuh tapi teguh

Yang ampuh tapi roboh

Yang runtuh tapi utuh

 

Itu hanya mainan perasaanku

Hanya mainan jiwaku

Sedangkan ku tahu aku mampu memusnahkannya!

Ya Tuhan, kau beri aku kekuatan

Supaya hancur tembok besi yang bersulam kayu itu

Agar dapat kumenyeberangi

Tanah lapang yang sebenarnya hanya setapak dihadapanku


 
Master Hasryn

29 Mac 2010



 

Monday, March 15, 2010

PUISI TENTANG CINTA

i.
Sahabatku…
Jika dikurniakan kepadamu rasa cinta
jangan kau terlalu taksub kepadanya..
Memang benar
cinta itu membahagiakan…
Memang benar
cinta iu mengasyikkan…
Tetapi ingatlah…
berjagalah…
Kerana ia mampu berubah menjadi badai
yang mampu menghempas hatimu…
seumpama racun yang merosakkan akal demi kewarasanmu..
seumpama api yang membakar seluruh hatimu
jika ketentuan itu bukan dariNya…
pasti badai yang menghancurkan menantimu…

ii.
Tetapi cuba kau renung kembali
akan janji Tuhanmu yang Maha Agung…
Mengapa hatimu selalu rapuh dan runtuh
dalam mengukir janjiNya atas tembok benak dan batu fikiranmu
selalu seakan tidak percaya
seakan tidak yakin
seakan tidak dibayangi akan kebenaran itu…
yang telah lama terukir
di atas kanvas perjalanan hidupmu...
di dalam rimbun Qada Qadarmu…
di atas Arasy Agung Penciptamu…

iii.
mentelaah dan melakar ruang batu fikirmu…
pada janjiNya pada sekalian umat seisi alam
dikurniakan yang baik pada baik pasangannya
ditemukan yang beriman pada keimanan pasangannya
dianugerahkan yang penuh tertib dan sopan
pada luhur murni pasangannya…
mengapa masih tidak diyakini???
mengapa harus kau risaukan???
mengapa harus kau gerunkan masa itu???
Masa itu pasti datang…
pasti menemui tuannya…
Hanya yang bersabar selalu menang
akan pertaruhan ini…
hanya keimanan penyeri sunyi pekat malam ini…
hanya keyakinan mampu menyirami panas kerisauan ini…
Percayalah akan janjiNya…
Nescaya kemenangan menunggumu…
Itulah cinta yang paling Agung
dan cinta yang paling suci
wahai sahabatku…

Master Hasryn,

Subang Suria,

160310


Saturday, February 13, 2010

PROMOSI HILANG AKAL SEMPENA TAHUN BARU CINA!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Salam Luar Biasa Hebat dari kami GedungBuku DotCom


PROMOSI!!! PERCUMA 2 E-Book The Science Of Getting Rich dan Think & Grow Rich!!!


Sempena Tahun Baru Cina yang sedang diraikan oleh warga Tionghua seluruh dunia ini, kami di GedungBuku DotCom melaksanakan "PROMOSI HILANG AKAL" dimana setiap pembelian melalui kedai kami:

melebihi RM39.90 akan menerima 2 e-book PERCUMA!!!

Ya!!! Diberikan secara PERCUMA!!!

Hanya emailkan nama, email, alamat dan phone no kepada kami di: gedungbuku@gmail.com atau SMSkan kepada Admin GedungBuku DotCom di talian: +6017-6233669
dan PROMOSI DISKAUN 10% bagi setiap pembelian buku Cakar Harimau-Tips Kebahagiaan Rumah Tangga oleh Ustazah Siti Nurbayah!!!
Hanya melalui pembelian di:

Best Regards,
Dr. HAMK
Admin